Sabtu, 7 Januari 2023

BAKSO YUK

 



Bakso merupakan makanan snek yang mengenyangkan dan populer di kalangan remaja masa kini dan juga sebahagian besar oeang dewasa. Asal masakan ini juga dari negara jiran Indonesia. 

Ayuh kita semak dan belajar untuk penyediaan sajian ini, sekurang-kuranya untuk sarapan diri dan keluarga.

BAHAN (Untuk Sajian 5 orang)

1. 5 Mangkuk mi basah atau bihun yang sudah dicelur air panas.

2. 10 butir bebola daging atau ayam

3. Serbuk Penyedap Rasa dan serbuk lada sulah

4. Garam secukup rasa

5. Aji No Moto.

6. Bawang goreng

7. Daun limau purut, daun sardi dan daun bawang (Hiris)

8. 5 biji telur rebus

9. 2 ulas Bawang merah, 2 ulas  bawang putih dan 2 inci halia (Kisar halus)

10. Kuah sup daging/ayam


CARA PENYEDIAAN


1. Rebus bebola sehingga masak, belah 2 setiap satu.

2. tumis bahan kisar, masukkan serbuk penyedap rasa, aji no moto, lada sulah dan garam. 

3. Masukkan mi dan gaul hingga rata.

4. Bahagi bahan  dalam 5 mangkuk. tuang kuah sup hias (tabur bawang goreng dan hirisan daun)  dan hidangkan.


RESEPI MASAKAN BUGIS: PISANG PEPPEK

 

 

 


Pisang Peppek merupakan makanan taradisi oeang-orang Bugis. Enak dimakan sebagai kudapan petang bersama minuman kegemaran dan biasanya dimakan ketika masih panas suam.

Pembuatannya memerlukan kayu penjepit yang biasanya dibuat daripada kayu keras dan berat. Dua keping papan setebal 2 inci dirapatkan dengan engsel tembaga dan dengan mudah dibuka katup.

Penyediaan Pisang Pepek memerlukan dua bahan iaitu penyediaan pisang dan sambalnya. Ayuh kita mulakan:-

1. Sediakan pisang rebus (ada yang sebut pisang saba) 10 biji yang setengah tua belum masak ya.

2. Sediakan minyak masak untuk goreng dalam.

3. Kupas pisang dan goreng dalam keadaan bulat.

4. Pisang yang nampak kekuningan bolehlah dikeluarkan dari kuali dan dipepek dengan peralatan khas yang disebutkan di atas. Setelah selesai simpat dengan tidak tertutup.

PENYEDIAAN SAMBAL

1. 3 hingga 5 biji tomato masak

2. 5 biji cili padi

3. bawang merah 3 ulas

4. tumbuk semua bahan di lesung batu atau di blender dan goreng sehingga nampak masak.

Mudahkan...ayuh kita coba.

Rabu, 31 Ogos 2022

RESEPI MASAKAN BUGIS: BEROBOK

 

BAHAN-BAHAN

(Untuk Hidangan 4-5 orang)

1. Jagung manis 5 - 6 tongkol

2. Udang atau isi ayam 500 gram atau ikut suka

3. Sayur bayam, kangkung, sawi 1 atau 2 ikat (Boleh tambah kacang panjang sedikit)

4.Mee hun atau mee kuning (ikut suka) celur

5.  Garam secukup rasa

6. Aji no moto secukup rasa

7. Gula sedikit

8. Air 2-3 liter

9. Bawang putih 3 ulas, bawang merah 5 ulas (Tumbuk halus)

 10.  Serbuk lada putih secubit.

11. Sedikit minyak masak untuk menumis.

Inilah Berobok


                CARA MEMBUAT

Hiris/sagat isi jagung  nipis-nipis

siang sayur udang dan ayam

tumis bawang dan serbuk lada putih... sejukkan.

rebus air hingga mendidih, masukkan jagung, ayam,udang, 

hampir masak masukkan sayur dan bahan tumis.

Hidang dengan hiasan. 

Selamat mencoba......


BAKSO YUK

  Bakso merupakan makanan snek yang mengenyangkan dan populer di kalangan remaja masa kini dan juga sebahagian besar oeang dewasa. Asal masa...