Pisang Peppek merupakan makanan taradisi oeang-orang Bugis. Enak dimakan sebagai kudapan petang bersama minuman kegemaran dan biasanya dimakan ketika masih panas suam.
Pembuatannya memerlukan kayu penjepit yang biasanya dibuat daripada kayu keras dan berat. Dua keping papan setebal 2 inci dirapatkan dengan engsel tembaga dan dengan mudah dibuka katup.
Penyediaan Pisang Pepek memerlukan dua bahan iaitu penyediaan pisang dan sambalnya. Ayuh kita mulakan:-
1. Sediakan pisang rebus (ada yang sebut pisang saba) 10 biji yang setengah tua belum masak ya.
2. Sediakan minyak masak untuk goreng dalam.
3. Kupas pisang dan goreng dalam keadaan bulat.
4. Pisang yang nampak kekuningan bolehlah dikeluarkan dari kuali dan dipepek dengan peralatan khas yang disebutkan di atas. Setelah selesai simpat dengan tidak tertutup.
PENYEDIAAN SAMBAL
1. 3 hingga 5 biji tomato masak
2. 5 biji cili padi
3. bawang merah 3 ulas
4. tumbuk semua bahan di lesung batu atau di blender dan goreng sehingga nampak masak.
Mudahkan...ayuh kita coba.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan